Assalamualaikum TimSK,
Berikutan perpindahan kita ke Laman Khadijah kelak, Jabatan Admin telah membuka permohonan untuk Pelekat Kenderaan untuk semua jenis kenderaan (Kereta dan Motor) bagi semua kakitangan SK. Namun begitu, Pihak Pengurusan mewajibkan SEMUA KAKITANGAN SK termasuk Tim Production dan Warehouse & Logistics untuk memohon pelekat kenderaan ini untuk kegunaan masa akan datang di fasiliti masing-masing.
Justeru itu, sila lengkapkan borang permohonan melalui pautan di bawah ini sebelum 6/6/2023 (Rabu) bagi memudahkan pihak Jabatan Admin menguruskan segala hal yang berkaitan.
Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan rasmi dibenarkan masuk dan parkir di kawasan Laman Khadijah. Kenderaan yang tidak mempunyai pelekat dikehendaki untuk mendaftar sebagai pelawat.
Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh berhubung terus dengan Puan Zaleha di Jabatan Admin.
Harap Maklum.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN
✅ Salinan Cukai Kenderaan
✅ Salinan Kad Pekerja
✅ Salinan Lesen Memandu
Sekian, terima kasih.
Dikeluarkan bagi pihak Jabatan Admin
Jabatan Perkhidmatan Korporat