Satu kolaborasi yang signifikan di antara Amal by Malaysia Airlines dan Siti Khadijah dengan sokongan daripada Tabung Haji membawa impak yang positif kepada komuniti kita.
Melalui usahasama ini, Siti Khadijah berusaha untuk memberi manfaat kepada masyarakat dengan memberi rangkaian produk barangan Siti Khadijah kepada 300 orang jemaah haji KT05.
Kerjasama ini mencerminkan tekad kita untuk menyokong pembangunan holistik dan kebajikan bersama komuniti. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas sokongan yang berterusan.
Selamat pergi dan balik kepada para Dhuyufurrahman. Semoga mendapat Haji yang mabrur 🕋✨