Pada 18 Mei 2024, Sabtu yang lepas, Tim Dropship Operation telah menganjurkan majlis Malam Anugerah Srikandi di Hotel Dorsett Putrajaya bagi meraikan prestasi luar biasa Srikandi bagi tahun 2023.
Dengan tagline "Pastikan Srikandi, Baru Beli", Tim Srikandi Siti Khadijah telah berjaya mencatat jualan terkumpul sebanyak RM13 juta setahun, bersamaan dengan 10% hasil jualan Siti Khadijah bagi tahun 2023.
Majlis turut dihadiri oleh Puan Padzillah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah, bersama-sama dengan Pengurusan Tertinggi Siti Khadijah, Ketua Pegawai Eksekutif Hegira, Puan Suriyati Daman serta 150 orang Srikandi dan juga ahli keluarga.
Hadiah utama pada Malam Anugerah Srikandi telah dimenangi oleh Puan Siti Syahirah Abu Bakar yang merupakan Pakej Umrah untuk 2 orang atas pencapaian beliau membuat jualan peribadi sebanyak RM664 ribu setahun.
Siti Khadijah turut mengumumkan insentif menarik untuk direbut oleh para Srikandi iaitu pakej Summit Srikandi di Langkawi dan pakej percutian Jejak Jakarta Bandung apabila mencapai target jualan pada 2024.