Siti Khadijah telah dianugerahkan Anugerah Francaisor Harapan Terbaik di Anugerah Francais Malaysia 2024! 🏆✨ Pencapaian yang luar biasa ini mengukuhkan dedikasi TimSK terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam industri francais.
Anugerah ini telah disampaikan kepada Pengasas SK, Puan Hajjah Padzilah Enda Sulaiman, oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, YB Datuk Ewon Benedick. Majlis gilang-gemilang tersebut telah berlangsung pada 29 Mei 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Turut hadir pada acara tersebut adalah Tuan Haji Aminuddin Mohd Nasir, Pengasas Bersama
En. Zelman Saliza Shuib, Ketua Pegawai Kewangan, En. Khairul Idham Ramdzan, Ketua Pegawai Operasi dan Pn. Nurafzan Yusop, Ketua Perkhidmatan Korporat & Pentadbiran.