Butik Siti Khadijah Sunway Carnival telah memenangi Anugerah 'Best In-Store Experience Award (Nation)' di Sunway Mall Retail Awards!
Anugerah berprestij ini telah disampaikan semasa Mesyuarat Rakan Niaga Sunway Mall 2024, yang diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada 20 Mei 2024. Kami amat berbangga dengan timSK di Butik Siti Khadijah Sunway Carnival atas dedikasi dan kerja keras mereka dalam memberikan perkhidmatan yang luar biasa dalam memberikan pengalaman yang luar biasa kepada FamilySK.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dan kepuasan pelanggan. Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada tim Retail dan tim Butik Siti Khadijah Sunway Carnival!