Telah berlangsung pelancaran kolaborasi di antara Siti Khadijah bersama Buttonscarves yang diadakan di Butik Buttonscarves, One Utama pada 30 Mei 2024.
Kolaborasi bersama Buttonscarves ini merupakan kerjasama paling besar yang pernah dijalin dan ia merupakan satu titik mula bagi kolaborasi lain pada masa akan datang.
Ini merupakan kolaborasi jenama di mana Siti Khadijah menampilkan rekaan telekung dan diperincikan dengan renda Buttonscarves di bahagian wajah dan telekung. Koleksi ini terdiri daripada empat warna dan ianya edisi terhad hanya dijual di Malaysia dan Indonesia sahaja.
Koleksi terbaharu ini dihasilkan daripada fabrik KUF yang dilengkapi dengan perlindungan UV. Ciri kain yang sejuk, bernafas dan cepat kering memastikan warna tahan lama dan kalis kedutan, menjadikannya teman yang sempurna untuk sesi solat. Reka bentuk kerjasama antara Siti Khadijah dan Buttonscarves ini boleh didapati di butik Siti Khadijah dan Buttonscarves di Malaysia dan Indonesia.