Pada 30/5/2023 (Selasa), Tim Srikandi, Perkhidmatan Korporat dan Marketing bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, En Mohammad Munzir telah berkesempatan untuk mengunjungi Pusat Jagaan Mahmudah yang merupakan Pusat Jagaan Warga Emas yang tidak memiliki waris. Alhamdulillah, hasrat menyantuni para penghuni disambut ramah oleh badan pengurusan serta warga emas yang mendiami pusat jagaan tersebut.
Tim Srikandi dan Perkhidmatan Korporat telah menginfakkan RM10,000 hasil dari program Infaq Bersama Srikandi dan bajet Perkhidmatan Korporat serta telah menyumbangkan lebih 30 pasang telekung dan kain pelikat kepada penghuni dan kakitangan Pusat Jagaan Mahmudah yang terletak Jalan Bangi Lama, Kampung Sungai Purun.
Disamping itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada tim-tim lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah swt.
Sekian, terima kasih.
Dikeluarkan oleh,
Jabatan Perkhidmatan Korporat
Siti Khadijah