Assalamualaikum TimSK,
Alhamdulillah, Siti Khadijah telah dianugerahkan pengiktirafan Compassionate Faith Apparel oleh Federation of Malaysian Business Assosciations melalui acara Malaysia Industry Awards 2023 (MINDA Awards 2023) & Charity Night yang berlangsung malam tadi di Hotel Berjaya Times Square, KL.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, YB Senator Fuziah Salleh.
Sekali lagi, tahniah kepada Encik Mohammad Munzir dan pengurusan Siti Khadijah di atas pengiktirafan ini dan terima kasih kepada seluruh TimSK yang menjadi tonggak kejayaan SK. Semoga SK semakin sukses di masa akan datang. Aamiin 🤲🏻
Dikeluarkan oleh,
Jabatan Perkhidmatan Korporat