Bersempena dengan sambutan bulan Kesedaran Kanser Payudara, Siti Khadijah melancarkan kempen 'Bloom in Pink' dengan berkolaborasi dengan salah satu pertubuhan amal kanser di Malaysia, Breast Cancer Wellness Association (BCWA).
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan mereka untuk memerangi kanser payudara, kempen 'Bloom in Pink' Siti Khadijah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang penyakit yang didakwa sebagai kanser paling banyak menyerang kaum wanita - satu dalam setiap 31 wanita berisiko dan juga punca utama kematian akibat kanser dalam kalangan wanita di Malaysia.
Acara ini telah diadakan di Butik Siti Khadijah Ampang dan diisi dengan sesi perkongsian oleh Dr Normayah Kitan (Pakar Bedah Endokrin Payudara) yang bertajuk 'Pengesanan Awal Kanser Payudara'.
Selain itu, sesi perkongsian telah dijalankan bersama pejuang kanser serta pesakit kanser yang dikendalikan oleh wakil BCWA, Matron Datin Zainab Abdullah (Pengurus Jangkauan Khidmat Masyarakat).
Akhir sekali, acara ini diakhiri dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan rangkaian koleksi 'mauve' keluaran terbaharu yang dilancarkan sempena kempen ini.
Dikeluarkan oleh,
Jabatan Perkhidmatan Korporat