Assalamualaikum TimSK,
Pada hari Rabu, 25 Oktober 2023, Tuan Aminuddin Mohd Nasir telah mewakili pihak pegurusan SK untuk menyerahkan sumbangan berupa barangan kepada wakil Masjid Abu Al-Darda' Nilai Impian (MADANI), Tuan Imam Muda Aran dan Tuan Bilal Nazliyah. SK telah menyumbangkan telekung dan kain pelikat untuk kegunaan para jemaah masjid yang memerlukan. Buat AJK Masjid, SK telah menghadiahkan jubah untuk mereka. Semoga pemberian ini dapat memberi 1001 manfaat buat penerima.
"Apabila mati anak Adam (manusia), maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh."
- Hadis Riwayat Muslim -
Tuan Aminuddin menyerahkan sumbangan kepada Tuan Imam Muda Aran (kanan).
Turut hadir adalah Tuan Bilal Nazliyah (kiri).
Dikeluarkan oleh,
Jabatan Perkhidmatan Korporat