Assalamualaikum TimSK,
Pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah menjemput Siti Khadijah untuk berkongsi penggunaan 'E-Commerce' bersama usahawan-usahawan menerusi PUNB ECOMM Clinic 2023.
PUNB ECOMM Clinic 2023 ini bertemakan 'Bersama Kita Berjaya' telah dihadiri oleh 38 #RakanUsahawanPUNB dan Pegawai PUNB di Ibu Pejabat PUNB, Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2023.
Wakil Siti Khadijah, Puan Fatin Syamirra (Ketua Jabatan E-Commerce) dan Encik Qamarul Hassan (Pengurus Kanan, Pemasaran Produk) telah berkongsi dengan para usahawan mengenai kepentingan dan penggunaan 'E-Commerce'.
Dikeluarkan oleh,
Jabatan Perkhidmatan Korporat