Assalamualaikum TimSK,
Encik Mohammad Muzammil, 'Group Chief People Officer' telah dijemput sebagai salah seorang 'speaker' jemputan untuk berkongsi mengenai 'ISLAMIC BUSINESS VENTURING INTO INTERNATIONAL MARKET' di Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2023 yang merupakan platform untuk pengamal sumber manusia, pemimpin perniagaan dan pakar membincangkan cabaran dan realiti sosioekonomi semasa.
Berlangsung dari 30 hingga 31 Oktober 2023 di MITEC, Kuala Lumpur, NHCCE 2023 merupakan kesinambungan kejayaan NHCCE 2022, yang menerima sambutan luar biasa daripada delegasi dari rantau Asia Tenggara.
Dengan tema baharu, ‘Menjana Pertumbuhan, Menginspirasi Perubahan’, NHCCE 2023 bertujuan membantu organisasi dan para pengamal sumber manusia berada di hadapan tuntutan yang sentiasa berubah dalam tempat kerja moden.
Dikeluarkan oleh,
Jabatan Perkhidmatan Korporat