Assalamualaikum TimSK,
Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Seminar Muzakki 2023 dan mengundang Puan Padzilah untuk memberi ceramah motivasi kepada usahawan-usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Negeri Sembilan. Program yang dihadiri oleh lebih 250 orang usahawan ini telah diadakan di Casa Lagenda Convention Centre, Seremban pada 2 November 2023.
Antara intipati ceramah motivasi Puan Padzilah adalah cabaran dalam perniagaan, strategi pemasaran dan pendedahan terhadap Telekung Siti Khadijah yang diciplak di Vietnam.
Program motivasi ini diakhiri dengan sesi soal jawab bersama peserta seminar.
Dikeluarkan oleh,
Jabatan Perkhidmatan Korporat