Assalamualaikum TimSK,
Satu program saringan kesihatan SEHATi yang dianjurkan oleh Pihak PERKESO telah diadakan di Jabatan Production, Bangi pada 8 November 2023 khusus untuk kakitangan Siti Khadijah yang berumur 40 tahun ke atas.
Saringan kesihatan SEHATi yang merupakan kerjasama di antara pihak Siti Khadijah dan Klinik Uzma ini bertujuan untuk mengesan tahap kesihatan kakitangan Siti Khadijah yang berumur 40 tahun ke atas khususnya di Jabatan Production.
Bagi kakitangan yang telah menjalani ujian saringan SEHATi ini, diminta untuk memuat turun aplikasi SEHATi seperti dibawah untuk pemeriksaan mamogram secara percuma di fasiliti kesihatan yang berdaftar.
Mual muat turun aplikasi SEHATi adalah seperti pautan ini.
Untuk sebarang info lanjut, sila hubungi Jabatan Sumber Manusia.
Sekian, terima kasih.
Dikeluarkan bagi pihak Jabatan Sumber Manusia,
Jabatan Perkhidmatan Korporat