Assalamualaikum TimSK,
Sesi kunjungan hormat dan libat urus LHDNM WP Putrajaya bersama Siti Khadijah telah diadakan pada 14 November 2023 yang lalu bertempat di Khadijah Board Room, Laman Khadijah.
Delegasi LHDNM WP Putrajaya diketuai oleh Encik Shafudin Yacob, Pengarah Negeri WP Putrajaya, Puan Zalina Chik, Pengarah Operasi Negeri serta 5 orang pegawai Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sesi ini dihadiri oleh Tuan Aminuddin, Puan Padzilah, Encik Mukhlis, Encik Zelman serta beberapa orang kakitangan SK.
Sesi dimulakan dengan perkongsian mengenai pencapaian SK oleh Encik Zelman dan diteruskan dengan perkongsian oleh pihak LHDNM WP Putrajaya mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 (PKPS), Tax Corporate Governance Framework (TCGF) dan E-Perkhidmatan yang telah dan akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini.
Objektif sesi kunjungan hormat ini adalah untuk mengeratkan kerjasama yang terjalin di antara SK dan LHDNM WP Putrajaya di samping meningkatkan kesedaran pematuhan dari segi percukaian dan memperkasakan hala tuju A.E.S (Awareness, Education, Services) sekaligus menyebarluaskan mesej percukaian secara berkesan ke arah meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela.
Untuk semua kakitangan SK, diingatkan sekali lagi untuk semak nombor pendaftaran cukai (jika ada). Bagi kakitangan yang belum ada, haruslah mendaftar melalui laman web ini bagi tujuan pelaporan cukai pendapatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 yang telah dilaksanakan oleh LHDN, sila klik pautan ini.