Assalamualaikum TimSK,
Dilampirkan Memo Faedah Takaful Perlindungan Hospitalisasi dan Pembedahan Kumpulan AIA Malaysia (Klik Disini) bagi pengetahuan semua kakitangan SKA, SKD, Anbot, Seedkey yang berstatus tetap.
Pihak syarikat berbesar hati untuk menjemput semua kakitangan bagi sesi taklimat bersama AIA Takaful seperti maklumat di bawah:
Tarikh: 12 Disember hingga 14 Disember 2023
Lokasi: Khadijah Board Room, Laman Khadijah
Taklimat ini akan dijalankan secara berperingkat dengan mengikut jabatan dan masa yang ditetapkan. Sila rujuk lampiran yang disertakan disini.
Taklimat ini adalah peluang yang sangat baik bagi mendapatkan pandangan yang lebih meluas tentang faedah perlindungan yang disediakan serta mengajukan soalan berkaitan AIA Takaful. Sesi taklimat ini adalah bersifat interaktif dan anda digalakkan berinteraksi dengan penceramah. Sehubungan dengan itu, semua kakitangan diwajibkan hadir pada sesi taklimat tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sumber Manusia.
Dikeluarkan oleh,
Jabatan Perkhidmatan Korporat