Assalamualaikum TimSK,
Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada BCWA merupakan Penutup kepada Kempen Bloom in Pink di mana SK berjaya menjual hampir 7,000 unit telekung Koleksi Mauve yang mana RM3 daripada harga jualan disumbangkan untuk bekas pesakit kanser.
Kempen yang berlangsung bermula 18 Oktober 2023 sehingga 18 November 2023 telah berjaya mengumpul sebanyak RM20,000.
Sumbangan disampaikan oleh En. Qamarul Hassan, Pengurus Kanan, Pemasaran Produk kepada Puan Naliza Fahro-Razi, Timbalan Presiden yang juga merupakan HER2 Positive Breast Cancer Survivor.
Dikeluarkan oleh,
Jabatan Perkhidmatan Korporat