Alhamdulillah akhirnya kita semua dapat bersama-sama mula menggunakan Sistem ERP Kendali bermula hari ini, Selasa 03/01/2024 bersamaan 21 Jamadilakhir 1445.
📌Sebagai permulaan awal, modul-modul yang akan mula digunakan hari ini ialah Finance/Accounting, Procurement, Inventory dan juga Finance Forms (iaitu borang Cash Advance Request, Cash Advance Clearance, Petty Cash Claims dan Travel Request)
📌Untuk borang PRF, hanya borang PRF untuk OPEX yang tersedia setakat ini. Manakala, borang PRF untuk CAPEX dan PRF untuk Trade Items dijadualkan sedia untuk digunakan bermula Isnin 15/01/2024.
📌 Untuk team Production/Manufacturing, penggunaan Kendali untuk proses JO dan IA juga dijadualkan bermula Isnin 15/01/2024. Pihak IT akan menyediakan Google Sheet untuk team Production menyenaraikan JO dan IA yang dijalankan bermula hari ini.
📌 Pihak IT telah mewujudkan Google Space Kendali Helpdesk Support group untuk membantu FamilySK mendaftar serta mula menggunakan Sistem Kendali. Klik di sini untuk menyertai group tersebut: https://chat.google.com/room/AAAA-QmzPNg?cls=7 (Klik Sini)
📌Pihak IT ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan khusus kepada Finance & Procurement Department yang memberi komitmen yang tinggi di dalam menjayakan Go-Live hari ini, serta kepada Pengurusan Tertinggi dan seluruh FamiliSK di atas sokongan pada dalam melaksanakan projek kita bersama ini - KENDALI.